Cart 0

Dasar Privasi

Jelita Idaman mengambil serius privasi para pelanggan. Apabila anda membeli sesuatu dari kami, sebagai sebahagian daripada proses jual beli, kami mengumpul maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami seperti nama, alamat dan alamat e-mel. Pemasaran e-mel (jika berkenaan): Dengan izin anda, kami boleh menghantar e-mel mengenai kedai kami, produk baru dan kemas kini lain.
Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, pihak kami berbesar hati menerimanya. Sila berikan komen atau cadangan dengan menghantar e-mel kepada Jelita Idaman di [email protected]

Pengumpulan Maklumat Peribadi

Jelita Idaman tidak menjual, berkongsi atau memperdagangkan maklumat para pelanggan kami yang telah dikumpul dalam talian (online) dengan mana-mana pihak ketiga.

Sebarang maklumat peribadi yang anda berikan hanya dilakukan dengan kebenaran dan pengetahuan anda, selagi anda tidak membantah untuk dihubungi menggunakan kaedah komunikasi dua hala melalui email dan telefon.

Pihak Jelita Idaman mungkin akan memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk membuat penghantaran produk kepada anda (sebagai contoh untuk kurier atau pembekal produk Jelita Idaman).

Apabila anda mendaftar sebagai pengguna/pelanggan Jelita Idaman, pihak kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar promosi-promosi dan/atau maklumat pemasaran dari semasa ke semasa.

Anda boleh berhenti dari melanggan maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi ‘unsubscribe’ dalam email promosi yang anda terima.

Anda dilarang keras untuk memberikan akses peribadi anda kepada pihak ketiga. Sekiranya anda didapati menyalahgunakan akaun peribadi yang didaftar di Jelita Idaman, pihak kami akan mengambil tidakan tegas memadam akaun, membatalkan tempahan dan/atau pembelian, serta menyenaraihitamkan anda di dalam rekod pelanggan kami.

Mengemaskini Maklumat Peribadi

Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di laman sesawang Jelita Idaman.

Pindaan Dasar Privasi

Jelita Idaman berhak mengubah dan/atau meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan kepada dasar ini akan diterbitkan di laman sesawang kami.

Aduan Mengenai Pelanggaran Dasar Privasi

Jika pada bila-bila masa anda tidak berpuashati dengan kaedah Jelita Idaman mengendalikan pertanyaan atau aduan, sila hubungi kami di [email protected]